Chester W. Nimitz
Chester W. Nimitz

Chester W. Nimitz

Chester William Nimitz (24 Februari 1885 - 20 Februari 1966) adalah seorang Laksamana Armada dalam Tentera Laut Amerika Syarikat. Beliau memainkan satu peranan besar dalam sejarah tentera laut Perang Dunia II selaku Panglima Tertinggi, Armada Pasifik Amerika Syarikat (CinCPac), bagi angkatan tentera laut A.S. dan Panglima Tertinggi, Wilayah Lautan Pasifik (CinCPOA), bagi tentera A.S. dan angkatan udara, laut dan darat pihak Bersekutu semasa Perang Dunia II. Beliau memimpin Armada Pasifik Amerika sejurus selepas Pearl Harbor sehingga tamat Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1942 beliau mengambil alih kepimpinan Medan Pasifik Tengah dan memimpin usaha loncatan pulau melalui Gilberts, Marshalls, dan Marianas ke arah pulau asal Jepun.Nimitz ialah pakar utama kapal selam dalam Tentera Laut A.S. serta merupakan Ketua Biro Navigasi Tentera Laut pada tahun 1939. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Operasi Tentera Laut (CNO) dari tahun 1945 hingga 1947. Beliau merupakan Laksamana Armada terakhir Amerika Syarikat yang tinggal.

Chester W. Nimitz